- Masjidah Binti Abdullah Sani (2017).
Kajian Kualiti Air dan Kandungan Fosforus Di Sungai Beris, Sik, Kedah.
- Shahira Binti Jusoh (2017). Kajian Kualiti Air dan Kandungan
Nitrogen, Lembangan Empangan Beris, Sik, Kedah.
- Abdul Basit Amran (2017). Kajian sedimen
dan Belanjawan Sedimen terampai, Lembangan Empangan Beris, Kedah.
- Nurshahirah Binti Basir (2017). Imbangan
Fosforus di Lembangan Empangan Beris, Sik, Kedah.
- Nor Shahirah Binti Md. Rasid (2017). Imbangan Nitrogen di Lembangan
Empangan Beris, Sik, Kedah.
HydroGeomorphology Research Group
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Wednesday, February 7, 2018
Senarai Tesis Tahun Akhir Sidang 2016/2017
Senarai Tesis Kajian Tahun Akhir Sidang 2015/2016
- Syarifah Hasnin Syed Abdullah Fikri (2016). “Kajian kualiti air,
Fosforus dan Jumlah Pepejal terampai di Tasik Dayang Bunting, Langkawi,
Kedah”
- Nursyuhaida Hassan. (2016). Kajian Kualiti Air dan Nitrogen dan
Jumlah Pepejal terampai di Tasik Dayang Bunting, Langkawi, Kedah
- Siti Saleha Maulad Ridzuan (2016). Kajian Keseimbangan Air Tasik
Dayang Bunting, Langkawi, Kedah
- Siti Nor Shafika Kaderan. 2016. Kualiti Air, Klorofil dan Pengkelasan Tasik Dayang Bunting,
Langkawi, Kedah
- Nurul Syazwani Abdul Rahman. 2016. Analisis Taburan Hujan dan
Pengaruhnya terhadap Hakisan Negeri Kedah dari Tahun 2000-2014.
- Fahtin Nabila Yusof. 2016. Analisis Taburan Hujan di Kedah dari
Tahun 2000-2014
- Siti Fatimah Jamal. 2016.
Analisis sedimen, ombak dan Profil Pantai Teluk Bahang, Pulau
Pinang
- Anis Solehin Hussain@Othman. 2016. Analisis sedimen, ombak dan
Profil Pantai Batu Feringghi, Pulau Pinang.
- Nur ‘Ajilah Rashid. 2016. Perubahan Kualiti Air dan Kandungan
Nutrien dalam Sedimen Tasik Selepas Banjir, Tasik Harapan, USM.
- Nur Adlin Syahirah Zolkiffli. 2016. Kandungan Fosforus dan sedimen
selepas banjir, Tasik Harapan, USM.
- Siti Fazila Ibrahim. 2016. Analisis Kekerapan Hujan di Lembangan
Sungai Kelantan 1999-2014
- Nur Hasnim Rusley. 2016. Kesan penggondolan Bukit Gambir ke atas
kualiti air dan luahan sedimen, Sg Gelugor, Pulau Pinang
- Norliza Jamil. 2016. Kesan penggondolan Bukit Gambir ke atas
kualiti air dan Luahan Nitrogen, Sg Gelugor, Pulau Pinang
- Nur Fahdillah Zahari. 2016. Kesan penggondolan Bukit Gambir ke atas
kualiti air dan Luahan Fosforus , Sg Gelugor, Pulau Pinang
- Siti Zubaidah Mahtar. 2016. Kualiti Air dan Nutrien (Fosforus) di
Kolam Udang, Pantai Merdeka, Kedah.
- Shabirah Hussain. 2016 Kualiti Air dan Nutrien (Nitrogen) di Kolam
Pantai Merdeka, Sungai Petani.
Saturday, August 22, 2015
Tesis Tahun Akhir (HGP 309 Projek Geografi) Sidang 2015/2016
Persampelan Tasik Dayang Bunting, Langkawi, Kedah
Satu kajian pengkelasan kualiti air Tasik Dayang Bunting dilakukan dengan kerjasana NAHRIM dan mendapat Kebenaran LADAEKO SDN BHD. Kajian kualiti air ini dijalankan oleh pelajar tahun 3 iaitu Siti Salehah, Shafika Kaderan, Syarifah Hasnin, Nor Syuhaida Hassan dan dibantu oleh beberapa orang pelajar Master iaitu Mohd Nazrul bin Ibrahim, pelajar PhD iaitu Mohamad Adam bin Omar dan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda iaitu Masitah Binti Zaini, Nor Adillah Binti Ayob dan Nor Faezahul Atika Binti Ahmad. Kajian ini dijalankan pada bulan April 2015 sehingga bulan Februari 2016. Pada bulan Ogos persampelan dijalankan seperti biasa. Manakala pada bulan Oktober persampelan dijalankan selama 24 jam iaitu selang 3 jam sekali.
Kejadian pasang surut perbani di Tasik Dayang Bunting
Satu kajian pengkelasan kualiti air Tasik Dayang Bunting dilakukan dengan kerjasana NAHRIM dan mendapat Kebenaran LADAEKO SDN BHD. Kajian kualiti air ini dijalankan oleh pelajar tahun 3 iaitu Siti Salehah, Shafika Kaderan, Syarifah Hasnin, Nor Syuhaida Hassan dan dibantu oleh beberapa orang pelajar Master iaitu Mohd Nazrul bin Ibrahim, pelajar PhD iaitu Mohamad Adam bin Omar dan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda iaitu Masitah Binti Zaini, Nor Adillah Binti Ayob dan Nor Faezahul Atika Binti Ahmad. Kajian ini dijalankan pada bulan April 2015 sehingga bulan Februari 2016. Pada bulan Ogos persampelan dijalankan seperti biasa. Manakala pada bulan Oktober persampelan dijalankan selama 24 jam iaitu selang 3 jam sekali.
Matahari terbenam
Kejadian pasang surut perbani di Tasik Dayang Bunting
Monday, June 1, 2015
Tesis Tahun Akhir (HGP 309 Projek Geografi) Sidang 2014/2015
Semester
ini sidang 2014/2015 seramai 5 pelajar tahun akhir telah menyerahkan disertasi
mereka iaitu:
1. Nor
Adillah Ayob 2015. Kajian
Kualiti Air dan Nutrien di Tanah Bencah BIOECODS, Kampus Kejuruteraan
Universiti Sains Malaysia, Nibong Tebal, Pulau Pinang 2. Noor Musfirah Musa 2015. Kajian Kualiti Air dan Fosforus di Tanah Bencah BIOECODS, Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia, Nibong Tebal, Pulau Pinang
3. Masitah Zaini 2015. Ramalan Kesan Pembangunan Masa Depan Berdasarkan USLE dan Pencerapan di Sungai Emas, Batu Feringghi, Pulau Pinang
4. Noor Faezahtul Atika Ahmad 2015. Kualiti Air, Sedimen dan Nutrien di Sungai Dua Kechil, Pulau Pinang
5. Mohd Nubaim Wadis 2015. Ketidakseimbangan Pembangunan dan Hakisan Tebing Sungai Dua Kechil, Pulau Pinang
Kajian dan persampelan Nor Adillah Ayob (Nutrien) dan Noor Musfirah Musa (Fosforus) Mengenai Kajian Kualiti Air (Nutrien) Dan (Fosforus) di Tanah Bencah BIOECODS, Kampus
Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia, Nibong Tebal, Pulau Pinang
Kajian yang dijalankan di kawasan tanah bencah
buatan (BIOECODS), Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia, Nibong Tebal, Pulau Pinang ini berfokuskan kepada tahap kualiti air berdasarkan
parameter-parameter penting seperti, oksigen terlarut (DO), jumlah pepejal
terampai (TSS), jumlah pepejal terlarut (TDS), konduktiviti (CND), potential
of hydrogen (pH), turbiditi atau kekeruhan (FTU), alkaliniti, dan
suhu di kawasan tersebut. Kualiti air juga dianalisis berdasarkan
parameter-parameter fizikokimia tertentu di makmal. Selain itu, kajian ini juga
bertujuan untuk mengkaji kandungan nutrien yang dijalankan oleh (Nor Adillah Ayob) dan kandungan fosforus yang
dijalankan oleh (Noor Musfirah Musa) yang terdapat dalam air di kawasan tanah
bencah dan membandingkan kandungan nutrien dan fosforus antara stesen pertama
dan terakhir. Hal ini demikian kerana, nutrien dan fosforus merupakan unsur
penting dalam sesuatu jasad air yang mempunyai kaitan dengan peningkatan
kemerosotan kualiti air. Di samping itu, kajian ini juga berfokuskan kepada
faktor-faktor yang mempengaruhi keadaan atau perubahan kepekatan kandungan nutrien
dan fosforus.
Tinjauan awal bahan bacaan kajian adalah penting supaya fokus
kajian adalah lebih jelas dan lebih difahami. Kajian menggunakan kajian
literatur seperti kajian-kajian terdahulu, jurnal, majalah, buku-buku, artikel
dan sumber-sumber lain. Selain itu, kajian ini melibatkan pengumpulan data
mentah atau data primer iaitu dengan melakukan persampelan di kawasan kajian di
samping mengambil beberapa sampel air di setiap stesen yang di kaji.
Sampel-sampel yang di ambil akan diuji dan dianalisis di makmal dengan
instrumen-instrumen tertentu dan penilaian ini dibuat setelah setiap sampel air
telah menjalani beberapa analisis parameter tertentu. Hal ini, akan menentukan
tahap kualiti air tersebut.
Kajian ini penting dalam melihat keberkesanan sistem BIOECODS
sebagai satu usaha dalam merawat air sisa kumbahan, bahan organik dan tak
organik daripada seluruh kawasan kampus. Kajian ini juga penting dalam menilai
kadar kualiti air berdasarkan parameter-parameter tertentu dan analisis makmal.
Selain itu, kajian ini penting dalam membantu mengenal pasti faktor-faktor yang
menyebabkan berlakunya kemerosotan kualiti air di tanah bencah supaya tindakan,
pengurusan dan pemantauan dapat dilakukan kerap, efektif dan cekap. Kajian ini
dilakukan supaya pihak-pihak yang berkenaan sedar bahawa kepentingan tanah
bencah dalam mengawal keseimbangan dan mengawal atur serta meningkatkan kualiti
air.
Komponen bioecods (seperti tanah bencah buatan (Constructed wetland), kolam
tahanan (Detention pond), kolam mikro Micropool), sungai randuk (Wading river)
dan kolam rekreasi (Recreational pond) yang terletak di Tanah Bencah (BIOECODS) Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia, Nibong Tebal, Pulau Pinang
Detention pond
Micropool
Recreational Pond
Wetland (sewaktu kering)
Wetpond
Wadding river
Wadding river
Aktiviti persampelan yang dijalankan dua minggu sekali selama 12 kali persampelan
Kajian dan persampelan Masitah Zaini iaitu mengenai Ramalan Kesan Pembangunan Masa
Depan Berdasarkan USLE dan Pencerapan di Sungai Emas, Batu Feringghi, Pulau
Pinang
Negeri
Pulau Pinang mempunyai keluasan 1,034 kilometer persegi. Negeri ini terbahagi
kepada dua bahagian iaitu pulau dan bahagian di tanah besar Semenanjung
Malaysia, yang juga dikenali sebagai Seberang Perai. Bahagian pulau dan
Seberang Perai dipisahkan oleh selat yang di sesetengah tempat hanya 47 seluas kira-kira tiga kilometer. Batu Feringghi dipilih
sebagai kawasan kajian. Batu Feringghi dahulu sebuah kampung kecil masyarakat
nelayan. Tetapi kini ianya telah dibangunkan sebagai kawasan pelancongan yang
terkenal. Di kawasan ini terdapat banyak hotel yang bertaraf antarabangsa,
restoran, kedai yang menjual cenderamata untuk para pelancong serta kawasan
riadah dan rekreasi. (Pulau Pinang Pulau Mutiara, 1998). Pulau Pinang memiliki
banyak lembangan sungai. Lembangan sungai ini mampu menampung keperluan air
untuk penduduk setempat pada masa hadapan. Pembangunan yang terlalu pesat di
negeri Pulau Pinang banyak memberi impak negatif kepada sungai-sungai di Pulau
Pinang. Pelbagai kawasan bukit-bukau telah ditarah untuk dijadikan kawasan
petempatan, pertanian, perindustrian, pelancongan, pusat pentadbiran dan sebagainya.
Oleh sebab kawasan tanah rata di Pulau Pinang berkurangan maka ada sesetengah
pihak pemaju telah membangunkan projek mereka di kawasan tanah berbukit dan
cerun-cerun bukit yang berpotensi untuk dimajukan. Hal ini secara tidak
langsung akan menjejaskan kawasan tadahan hujan tersebut.
Kajian
ini mempunyai objektif kajian yang utama. Objektif utama amat penting dalam
sesebuah kajian kerana dengana adanya objektif kajian, matlamat sesebuah kajian
yang dijalankan akan dapat dicapai. Antara objektif kajian adalah seperti
berikut:
1. Untuk
menganggarkan kadar kehilangan tanah yang berlaku bagi satu projek pembinaan di
kawasan lereng bukit Sungai Emas 1, Sungai Emas 2 dan Sungai Emas 3. Anggaran
ini dibuat menggunakan model Universal Soil Loss Equation (USLE).
2.
Menentukan dan mengenalpasti tahap kualiti air dan perubahan ciri-ciri
fizikokimia serta mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan
kualiti air di kawasan Sungai Emas, Batu Ferringhi yang meliputi Sungai Emas 1,
Sungai Emas 2 dan Sungai Emas 3 berdasarkan parameter-parameter kualiti air
seperti Oksigen Terlarut (DO), nilai pH, Konduktiviti (μS/cm), Turbiditi
(Kekeruhan), Jumlah Beban Terlarut (TDS), Jumlah Beban Terampai (TSS). Suhu
(°C) dan Kealkalian dan menganggarkan tahap kandungan nutrien yang terdapat di
dalam ekosistem Sungai Emas 1, Sungai Emas 2, Sungai Emas 3 yang melibatkan
Jumlah
Fosfat (PO4), Jumlah Nitrogen, Ammonia (NH3), Nitrat (NO3), Nitrit (NO2).
3.
Menentukan dan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi perbandingan
antara jumlah pepejal terampai (TSS) dan (FTU) di kawasan kajian iaitu di
Sungai Emas 1, Sungai Emas 2, Sungai Emas 3 dengan kawasan yang sedang dalam
pembinaan iaitu Sungai Bukit Gambir yang dijadikan model senario semasa
pembangunan ketika cuaca hujan dan kering.
Lokasi persampelan di Sungai Emas di Batu Feringghi, Pulau Pinang
Sungai Emas 3
Sungai Emas 2
Sungai Emas 1
Meredah hutan belukar kira-kira 50 meter untuk sampai ke Sungai Emas 2 dan Sungai Emas 3
Aktiviti persampelan dan mengambil sampel air untuk dianalisis di makmal
Pembinaan perumahan yang sedang giat dijalankan di kawasan Bukit Gambir
Mencatat bacaan kualiti air menggunakan alat YSI
Persampelan dijalankan di Sungai Bukit Gambir yang dijadikan sebagai model dalam kajian ini
From Lojing to Tangga Kerai
Dari Lojing ke Tangga Kerai
Penulis dan beberapa ahli HGRG terlibat mengkaji kesan Banjir Besar Kelantan 2014.
perjalanan dimulakan dari USM ke Gua Musang melalui Lojing untuk melihat kesan banjir 2014 lalu
Tangga Kerai (Bradley Steps) menunjukkan beberapa tiang "staf gauge" yang digunakan sejak turun temurun untuk mengukur paras air Sg Kelantan (dibawah tangga tersebut)
Kesan Banjir di dalam kedai makan di bandar lama Gua Musang
Sungai di Lojing menyumbangkan banyak sedimen ke lembangan Sg Galas dari hulu
Paras air mencecah perkataan "ENEOS" di kedai peralatan ini di Bandar Kuala Kerai
Di tepi sungai Brooke di Lojing yang kelihatan kotor dan berkelodak
Di
jambatan kira-kira dalam 1 kilometer yang runtuh akibat arus deras di Sungai
Nenggiri di Kampung Pulau Setelu, Gua Musang yang melebihi paras jambatan
tersebut semasa banjir 23 Disember 2014. Hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan penduduk dan juga
pengguna Gua Musang untuk ke
Jeli telah terputus hubungan jalan
Monday, May 25, 2015
Japan Geosciences Union Meeting 24-28 May 2015, Makuhari Messe, Tokyo
Japan Geoscience Union Meeting, Tokyo, 24-28 May 2015
Two members of HGRG attended the meeting and present their study at the meeting which is held every year since 2012 http://www.jpgu.org/meeting_e/about.html
1. Prof WR attended the meeting and presenting a poster" Historical Rainfall runoff and flood of Wadi Siham Basin, Yemen. This paper is part of a PhD of his student Dr Majed Ahmad Al Ward who is now back in Yemen and teaching Geography at the Thamar University, Yemen.http://www.jpgu.org/session/program.php?id=377&sig=0459711f0aa9abe6f05c2b6d5fe490955885f693
2. Ms. Sumayah Aimi Present her paper title "Soil Loss and Sediment Yield Assessment from 1974-2012 in the West Coast River Catchments of Penang Island, Malaysia'. This paper is the outcome of her PhD under the Supervision of Dr. Zullyadini A. Rahaman (another member of the HGRG)
http://www.jpgu.org/session/program.php?id=399&sig=fdba9a2710ad82af0fb9ae2d682698f6f4e1abd7
Poster presentations by participants
Two members of HGRG attended the meeting and present their study at the meeting which is held every year since 2012 http://www.jpgu.org/meeting_e/about.html
1. Prof WR attended the meeting and presenting a poster" Historical Rainfall runoff and flood of Wadi Siham Basin, Yemen. This paper is part of a PhD of his student Dr Majed Ahmad Al Ward who is now back in Yemen and teaching Geography at the Thamar University, Yemen.http://www.jpgu.org/session/program.php?id=377&sig=0459711f0aa9abe6f05c2b6d5fe490955885f693
2. Ms. Sumayah Aimi Present her paper title "Soil Loss and Sediment Yield Assessment from 1974-2012 in the West Coast River Catchments of Penang Island, Malaysia'. This paper is the outcome of her PhD under the Supervision of Dr. Zullyadini A. Rahaman (another member of the HGRG)
http://www.jpgu.org/session/program.php?id=399&sig=fdba9a2710ad82af0fb9ae2d682698f6f4e1abd7
Poster presentations by participants
Subscribe to:
Posts (Atom)