Team Members

Monday, November 29, 2010

Ekspedisi Saintifik 4x4 Ulu Selim

Pada 27 hingga 28 November 2010, seramai 4 orang ahli HGRG termasuk Profesor Wan Ruslan Ismail telah menyertai Ekspedisi Saintifik Pacuan Empat Roda di Ulu Selim, Perak. Ekspedisi yang dianjurkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Kinta/Batang Padang ini disertai oleh 40 orang peserta daripada UPM, KKB, USM, UKM, NAHRIM, PERHILITAN, dan JPAM. Disepanjang ekspedisi, kami menjelajah ke Hulu Sungai Selim untuk menjalankan kajian kualiti air sungai tersebut. Sungai Selim mempunyai panjang 57.6 km dan mempunyai 17 buah anak sungai di dalam lembangannya yang bermula dari sempadan Perak-Pahang, sementara kuala sungai itu berada di Sungai Bernam iaitu di Kampung Kuala Selim. Di dalam lembangan sungai tersebut juga terdapatnya beberapa kawasan penempatan orang asli. Antranya Pos Tenau dan Pos Selim. Kami bermalam di  Sekolah Kebangsaan Pos Tenau.


Hulu Sungai Selim (bersebelahan Pos Tenau).

Hasil daripada analisis data insitu dan analisis makmal, didapati bahawa kualiti air Sungai Selim berada pada kelas pertama (berdasarkan indeks LAWA dan WQI). Hal ini selari dengan kebersihan di sekitar kawasan sungai tersebut.
Peserta ekspedisi.

Thursday, February 11, 2010

Persidangan Geografi Kebangsaan (National Geography Conference)

Pada 8 hingga 10 Februari 2010, seramai 5 orang penyelidik HGRG telah menyertai pembentangan lisan di Persidangan Geografi Kebangsaan yang bertempat di Universiti Sultan Idris, Tanjung Malim. Sebanyak 4 kertas kerja telah dibentangkan. Sementara itu, Profesor Wan Ruslan Ismail telah dijemput untuk memberikan ucaptama. Berikut adalah senarai kertas kerja yang dibentangkan dalam persidangan tersebut:

1) Pengangkutan sedimen: Dari gunung ke laut.
    Ucaptama Profesor Wan Ruslan Ismail:

2) Stratifikasi dan perubahan ciri-ciri fizikokimia di Empangan Bukit Merah, Perak.
    Sumayyah Aimi Mohd Najib, Wan Ruslan Ismail, Mohamad Adam Omar.

3) Fluks nitrogen di kolam utara, Tasik Bukit Merah, Perak.
    Mohamad Adam Omar, Wan Ruslan Ismail, Zullyadini A.Rahaman, Sumayyah Aimi Mohd Najib, Siti
    Fadzilatulhusni Mohd Sani.

4) Kualiti air dan ciri fizikokimia lembangan sungai input ke dalam takungan Kolam Bukit Merah, Perak.
    Siti Fadzilatulhusni Mohd Sani, Wan Ruslan Ismail, Sumayyah Aimi Mohd Najib, Mohamad Adam Omar.

5) Kualiti air di Empangan Timah Tasoh dan kawasan tadahannya.
    Noraini Misnan, Mohamad Adam Omar, Sumayyah Aimi Mohd Najib, Wan Ruslan Ismail.

Di hadapan pintu gerbang UPSI