Team Members

Monday, December 17, 2012

Pada 6 Disember 2012 Profesor Dr. Wan Ruslan Ismail  menyampaikan Syarahan Umum sempena Perlantikan beliau sebagai Profesor dalam bidang Geografi Fizikal di Universiti Sains Malaysia. Tajuk syarahan beliau ialah Sedimen Sungai: Warisan dari Gunung.



Gambar-gambar kenangan di hari Syarahan 







Monday, June 18, 2012

International Environment and Health Conference 2012



Pada 6 hingga 7 Jun 2012, dua orang penyelidik HGRG (Sumayyah Aimi Mohd Najib & Siti Fadzilatulhusni Mohd Sani) telah menyertai pembentangan lisan di Persidangan Antarabangsa Kesihatan Alam Sekitar. Persidangan yang bertemakan "Environmental Health Issues: A Holistic View" ini telah berlangsung di Hotel Vistana, Pulau Pinang. Berikut adalah ringkasan kertas kerja yang telah dibentangkan:

Catchment Health and Variation of Suspended Sediment Concentration In Two Urban Catchment in Pulau Pinang

Sumayyah Aimi Mohd Najib, Zullyadini A.Rahaman, Wan Ruslan Ismail.
HydroGeomorphology Research Group, Section of Geography, School of Humanities, Universiti 
Sains Malaysia, 11800 Minden, Pulau Pinang, Malaysia. 
(sumayyah_aimi@yahoo.com)


ABSTRACT: The catchment health will be reflected by a good water quality. Water colour and turbidity is one of the parameter that defined the water quality, and it is related sediment concentrations. Sediments entering creeks, rivers and lakes is controlled by the soil eroded in the catchment. The sediment load and turbidity of the water caused many problems to the living organisms in the water, and there are many land disturbing activities in catchment areas that could add an enormous amount of sediment to rivers. This paper present our preliminary study from Oct 2011 to March 2012 and a storm event data in two urbanizing catchment in Penang Island looking at the effect of human activities on the variation suspended sediment concentrations in Ara and Relau rivers in Pulau Pinang.
_________________________________________________________________________________________________________

Analisis Karakteristik Lapisan Endapan dan Hubungannya dengan Kandungan Nutrient di dalam Tanih: Suatu Kajian Kes di Dataran Banjir Sungai Muda, Kedah.

1 Siti Fadzilatulhusni Bte Mohd Sani, 1 Wan Ruslan Ismail, 1 Zullyadini A.Rahaman, 1 Mohamad Adam 
Omar, 2 Zainuddin Othman.

1 Bahagian Geografi, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, Pulau Pinang.
2 Jabatan Geografi, Fakulti Sains Manusia dan Alam Sekitar, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tanjong Malim, Perak.

(husni_194@yahoo.com.my)



ABSTRAK: Dataran banjir yang merupakan habitat bagi gabungan pelbagai jenis hidupan adalah terbentuk daripada hasil interaksi pelbagai jenis tindak balas sungai, perkembangan musim, dan keakraban hubungan dataran banjir dengan habitat di sekitarnya. Banjir yang telah berlaku pada masa lampau telah memendapkan sejumlah endapan atau sedimen lalu membentuk dataran banjir. Oleh itu, sistem dataran banjir amat bergantung kepada darjah kebolehubahan pelbagai bahagian di dataran banjir terhadap kekerapan dan tempoh banjir. Kertas kerja ini dibuat bagi meninjau kesan pelbagai regim hidrologi dalam mempengaruhi ciri-ciri lapisan endapan di dataran banjir seterusnya melihat bagaimana perbezaan ciri lapisan endapan ini mempengaruhi proses transformasi dan variasi kandungan nutrien di dalam lapisan endapan tersebut. Bagi mencapai matlamat ini, tiga stesen telah dipilih di sepanjang Sungai Muda iaitu stesen Merbau Pulas, Ekor Kucing dan Kemumbung. Setiap stesen yang dipilih telah dikorek secara menegak untuk mendapatkan sampel tanih bagi setiap 2cm lapisan endapan. Kesemua sampel bagi stesen-stesen ini telah dibawa ke makmal dan dianalisis dengan parameter-parameter seperti saiz partikel, ketumpatan pukal, pH, kandungan bahan organik tanih, dan juga kandungan nutrien seperti nitrogen, fosforus dan kalium. Ciri-ciri sedimen ini adalah penting kerana berpotensi untuk menunjukkan dan merakam petanda perubahan iklim seterusnya ia juga memainkan peranan dalam pembentukan landskap.

Kata kunci: Dataran banjir, ciri lapisan endapan, saiz butiran, nitrogen, fosforus, kalium.


Wednesday, June 6, 2012

Hydrology Conference 2012's Info

1. "Hydrology and Society" EGU Leonardo Topical Conference.
    Torino (Italy) 14-16 Nov 2012. 


    ABSTRACT DEADLINE: JUNE 15 2012.
    Conference Web Site: http://www.eguleonardo2012.polito.it






2. '6th International Perspective on Water Resources & the Environment  
     conference (IPWE 2013)'
     January 7-9, 2013, Izmir, Turkey .

      ABSTRACT DEADLINE: JUNE 17 2012.
      Organised by The Environmental & Water Resources Institute of the American Society of    
      Civil Engineers (ASCE-EWRI).





Tuesday, May 29, 2012

Kajian-Kajian oleh HGRG sejak 2002/Research by HGRG since 2002

Senarai Thesis PhD dan Master


Zullyadini A. Rahaman 2004.  (PhD  Geography) Universiti Sains Malaysia
Main Supervisor: Assoc Prof Dr. Wan Ruslan
Tajuk: Imbangan Endapan dan Pemendapan di Tasik Timah Tasoh, Perlis. (The Sediment Balance and Sedimentation of the Timah Tasoh Lake, Perlis, Malaysia)


Amirrudin Ahmad. 2002. (MSc Biology) Universiti Sains Malaysia
Main supervisor: Prof Mashhor Mansor; Co-Supervisor: Assoc Prof Dr. Wan Ruslan 
Thesis: Tumbuhan Koridor Sungai, Hidrologi dan Pengawalaturan Endapan dan Nutrien Ekosistem Tanah Bencah Air Tawar (Riparian Plant, Hydrology and Regulation of Sediment and Nutrient  in Freshwater Wetland)


Salleh Bakar 2004 (MA Geography). Universiti Sains Malaysia
Main Supervisor: Assoc Prof Dr. Wan Ruslan.
Tajuk: Nutrient Runoff from Agricultural Land And Urban Area of Penang and Perlis.


Chander Segar Pillay 2009. (MSc GIS). Universiti Sains Malaysia
Main Supervisor: Assoc Prof Dr. Wan Ruslan. Co Supervisor: Dr. Zullyadini
Pola reruang Imbangan Air dan endapan berasaskan Sistem Maklumat Geografi kawasan Tadahan Timah Tasoh, Perlis 


Sumayyah Aimi Mohd Najib. 2010. (MA Geography). Universiti Sains Malaysia
Main Supervisor: Prof Dr. Wan Ruslan. Co Supervisor: Dr. Zullyadini
Tajuk: Imbangan endapan dan nutrien antara kawasan tadahan Sg Kurau dengan Kolam Selatan Takungan Bukit Merah, Perak.


Mohamad Adam Omar. 2012.  (MA Geography).   Universiti Sains Malaysia
Main Supervisor: Prof Dr. Wan Ruslan
Tajuk: Fluks sedimen dan nitrogen Kolam Utara Takungan Bukit Merah, Perak.


Senarai Projek Latihan Ilmiah Pelajar Tahun Akhir


Kajian di kawasan Tadahan Empangan Timah Tasoh:


Ku A’edah Ku Hashim 2002. Physicochemical studies and Nutrients of Sungai Jarum catchment, Perlis.
Malina Nawawi 2002. A study of Sediment Quality in the Timah Tasoh catchment: A case of Sungai Jarum, Perlis.
Haslina Sarju 2002. A comparative study of Nutrient content and mineral in ground water and surface water around Timah Tasoh reservoir.
Jamilah Ahmad, 2002. A study of Soil Quality around Timah Tasoh catchment, Perlis.
Rusnah Sulaiman 2002. A study of Phytoplankton and Chlorophyl “A” in Timah Tasoh Reservoir, Perlis.


Cik Mariani Che Daud. 2004. Estimating the erosion rate at Padang Besar, Tasoh and Kaki Bukit Stations in Perlis Using USLE and RUSLE.


Noraini Misnan. 2010.  Kualiti Air dan Kandungan Nitrogen di empangan Timah Tasoh dan Kawasan Tadahannya
Nur Azyan Rashiqah Abdul Hamid. 2010. Kualiti dan kandungan nutrient kawasan pertanian dan Bandar di lembangan Sg Jarum, Perlis.

Kajian di Kawasan Tadahan Empangan Bukit Merah dan Lembah Beriah, Perak:
  
Aisyah A. Malik. 2007.Kualiti Air dan Rumpai Lembah Beriah, Perak.
Noorlaili Hashim 2007. Water quality of Tasik  Merah, Perak.


Sumayyah Aimi Mohd Najib.2008. Pertalian kemasukan Air Sungai dan Kadar Pemendapan di Tasik Bukit Merah, Perak
Ali Iqbal Roslani. 2008.  Kualiti Air Lembah Beriah, Perak
Azlin Samsuddin 2008.  Fosfat Sungai Jelutong dan Sungai Merah, Perak
Nurul Balqis Alias. 2008.  Hakisan Tebing Sungai Ijok, Perak
Bidarulmunir Bt Ahmad Anas. 2008. Phytoplankton Dynamic of Tasik Merah, Perak.


Muhammad Nasir Abdul Razak. 2009. Imbangan Nitrogen di dalam Sistem Takungan Bukit Merah, Perak
Mohd. Zakaria Ab. Wahab. 2009. Klorofil, Fosforus dan Sedimen di Tasik Bukit Merah: Satu kajian Perbandingan mengikut Kedalaman.


Siti Fadzilatulhusni Mohd Sani. 2010. Imbangan nutrien di kawasan Tadahan Bukit Merah, Perak.
Inbadullah Daud. 2010. Beban endapan dan nutrien di Sungai Ijok, Perak

Kajian di Kawasan Tadahan Lembangan Sg Merbok, Kedah:

Mohd Nazrul Ibrahim. 2012. Imbangan Nitrogen di Lembangan Sungai Merbok, Kedah
Mohamad Shafiq Suhaimi. 2012. Imbangan Jumlah Fosforus di Lembangan Sungai Merbok, Kedah
Mohd Nasuhairie Abdul Manaf. 2012. Imbangan Endapan Sungai Merbok, Kedah
Mohd Husrun Mohd Nor. 2012. Kajian Kualiti air dan Sedimen di Sungai Petani, Kedah
Adi Amirul Aliah. 2012. Imbangan nutrien di Sungai Petani, Kedah

Saturday, April 7, 2012

Langkawi Trip: Kajian Lapangan HGF331 (2012)

Pada 30 Mac 2012 hingga 1 April 2012, HGRG telah menganjurkan lawatan kajian lapangan bagi subjek Geomorfologi (HGF331) ke Langkawi. Seramai 32 orang pelajar dan 6 orang pengiring telah menyertai romobongan ini. Tapak kajian lapangan adalah di sepanjang Pantai Chenang dan Pantai tengah. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengenalpasti perubahan profil pantai dan saiz partikel pasir di sepanjang Pantai Tengah dan Pantai Chenang. Pelajar yang dibahagikan kepada 6 buah kumpulan telah menjalankan pengukuran profil pantai dengan menggunakan kaedah tekimetri yang menggunakan Theodolite dan juga kaedah pancang jajar. Sampel pasir bagi setiap profil juga diambil dan dibawa ke makmal untuk diayak bagi melihat saiz partikel pasir tersebut.











Saturday, February 11, 2012

Ekspedisi Biodiversiti Ulu Muda, Kedah


Pada 3 hingga 6 Februari 2012, seramai 3 orang ahli HGRG termasuk Profesor Wan Ruslan Ismail telah menyertai Ekspedisi Biodiversiti Ulu Muda, Kedah. Ekspedisi yang telah dianjurkan oleh Pusat Pengajian Kaji Hayat, USM ini telah disertai oleh lebih kurang 30 orang daripada pelbagai jabatan di Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, dan Jabatan Perhutanan Malaysia.

Disepanjang ekspedisi, kami menjelajah ke seluruh hulu lembangan Sungai Muda yang bermula daripada Empangan Muda. Sebanyak 16 titik persampelan telah dipilih, ia meliputi Anak-anak sungai (iaitu Charok Jawa), sira atau lopak air yang menjadi sumebr air minuman kepada haiwan (Sira Kumbar & Sira Air Hangat), Sungai Muda, dan juga Empangan Muda itu sendiri. 

Pada malam kedua, telah diadakan pembentangan bagi menceritakan hasil pemantauan awal secara ringkas. Kumpulan rotan, serangga, hidupan liar (kelawar, ular, gajah, dll), burung, ikan, dan pokok telah mendapati Hutan Simpan Ulu Muda ini mempunyai kepelbagaian biodiversiti yang sangat sedikit jka hendak dibandingkan dengan hutan simpan yang lain. Walhal, keadaan kualiti air dan udara tidaklah berada pada tahap tercemar. Walaubagaimanapun dekan Pusat Pengajian Kaji Hayat yang turut serta dalam ekspedisi ini telah membuat satu kesimpulan awal iaitu proses pencetekan air sungai telah memusnahkan ekosistem, ekologi dan biodiversiti di lembangan Ulu Muda tersebut. Hal ini kerana, daripada jumlah spesis serangga yang sangat sedikit ia memberikan petunjuk bahawa ikan-ikan kekurangan makanan, apabila kekurangan makanan, bilangannya juga tidak banyak, dan ia akan menyebabkan pemangsa-pemangsa yang lain tidak dapat makanan yang cukup. Begitulah seterusnya ia menjejaskan rantaian makanan di habitat tersebut. 

Berikut adalah gambar-gambar disepanjang ekspedisi.

Sebelum bertolak: Loading barang.

Tempat tidur kami :)

Dewan makan a.k.a tempat meeting

Geng serangga: Pengasingan serangga daripada sampel. 

5 Bintang untuk makanan :D

Launch

Perangkap kelawar

Geng ikan.

Antara spesis balak yang ada di Hutan Simpan Ulu Muda

Persampelan Water Quality :)

Geng serangga + Geng Hidro :)

Tak takut pacat dah. hihi

Ke tapak persampelan.
Tubing along the river ^__^

Mandi sebelum gerak balik ke base camp :)

Belakang kami itu punca mata air panas.

Perjalanan balik dari base camp ke jeti...

Jeti Empangan...
Peserta Ekspedisi.