Team Members

Saturday, February 11, 2012

Ekspedisi Biodiversiti Ulu Muda, Kedah


Pada 3 hingga 6 Februari 2012, seramai 3 orang ahli HGRG termasuk Profesor Wan Ruslan Ismail telah menyertai Ekspedisi Biodiversiti Ulu Muda, Kedah. Ekspedisi yang telah dianjurkan oleh Pusat Pengajian Kaji Hayat, USM ini telah disertai oleh lebih kurang 30 orang daripada pelbagai jabatan di Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, dan Jabatan Perhutanan Malaysia.

Disepanjang ekspedisi, kami menjelajah ke seluruh hulu lembangan Sungai Muda yang bermula daripada Empangan Muda. Sebanyak 16 titik persampelan telah dipilih, ia meliputi Anak-anak sungai (iaitu Charok Jawa), sira atau lopak air yang menjadi sumebr air minuman kepada haiwan (Sira Kumbar & Sira Air Hangat), Sungai Muda, dan juga Empangan Muda itu sendiri. 

Pada malam kedua, telah diadakan pembentangan bagi menceritakan hasil pemantauan awal secara ringkas. Kumpulan rotan, serangga, hidupan liar (kelawar, ular, gajah, dll), burung, ikan, dan pokok telah mendapati Hutan Simpan Ulu Muda ini mempunyai kepelbagaian biodiversiti yang sangat sedikit jka hendak dibandingkan dengan hutan simpan yang lain. Walhal, keadaan kualiti air dan udara tidaklah berada pada tahap tercemar. Walaubagaimanapun dekan Pusat Pengajian Kaji Hayat yang turut serta dalam ekspedisi ini telah membuat satu kesimpulan awal iaitu proses pencetekan air sungai telah memusnahkan ekosistem, ekologi dan biodiversiti di lembangan Ulu Muda tersebut. Hal ini kerana, daripada jumlah spesis serangga yang sangat sedikit ia memberikan petunjuk bahawa ikan-ikan kekurangan makanan, apabila kekurangan makanan, bilangannya juga tidak banyak, dan ia akan menyebabkan pemangsa-pemangsa yang lain tidak dapat makanan yang cukup. Begitulah seterusnya ia menjejaskan rantaian makanan di habitat tersebut. 

Berikut adalah gambar-gambar disepanjang ekspedisi.

Sebelum bertolak: Loading barang.

Tempat tidur kami :)

Dewan makan a.k.a tempat meeting

Geng serangga: Pengasingan serangga daripada sampel. 

5 Bintang untuk makanan :D

Launch

Perangkap kelawar

Geng ikan.

Antara spesis balak yang ada di Hutan Simpan Ulu Muda

Persampelan Water Quality :)

Geng serangga + Geng Hidro :)

Tak takut pacat dah. hihi

Ke tapak persampelan.
Tubing along the river ^__^

Mandi sebelum gerak balik ke base camp :)

Belakang kami itu punca mata air panas.

Perjalanan balik dari base camp ke jeti...

Jeti Empangan...
Peserta Ekspedisi.