Team Members

Monday, June 18, 2012

International Environment and Health Conference 2012



Pada 6 hingga 7 Jun 2012, dua orang penyelidik HGRG (Sumayyah Aimi Mohd Najib & Siti Fadzilatulhusni Mohd Sani) telah menyertai pembentangan lisan di Persidangan Antarabangsa Kesihatan Alam Sekitar. Persidangan yang bertemakan "Environmental Health Issues: A Holistic View" ini telah berlangsung di Hotel Vistana, Pulau Pinang. Berikut adalah ringkasan kertas kerja yang telah dibentangkan:

Catchment Health and Variation of Suspended Sediment Concentration In Two Urban Catchment in Pulau Pinang

Sumayyah Aimi Mohd Najib, Zullyadini A.Rahaman, Wan Ruslan Ismail.
HydroGeomorphology Research Group, Section of Geography, School of Humanities, Universiti 
Sains Malaysia, 11800 Minden, Pulau Pinang, Malaysia. 
(sumayyah_aimi@yahoo.com)


ABSTRACT: The catchment health will be reflected by a good water quality. Water colour and turbidity is one of the parameter that defined the water quality, and it is related sediment concentrations. Sediments entering creeks, rivers and lakes is controlled by the soil eroded in the catchment. The sediment load and turbidity of the water caused many problems to the living organisms in the water, and there are many land disturbing activities in catchment areas that could add an enormous amount of sediment to rivers. This paper present our preliminary study from Oct 2011 to March 2012 and a storm event data in two urbanizing catchment in Penang Island looking at the effect of human activities on the variation suspended sediment concentrations in Ara and Relau rivers in Pulau Pinang.
_________________________________________________________________________________________________________

Analisis Karakteristik Lapisan Endapan dan Hubungannya dengan Kandungan Nutrient di dalam Tanih: Suatu Kajian Kes di Dataran Banjir Sungai Muda, Kedah.

1 Siti Fadzilatulhusni Bte Mohd Sani, 1 Wan Ruslan Ismail, 1 Zullyadini A.Rahaman, 1 Mohamad Adam 
Omar, 2 Zainuddin Othman.

1 Bahagian Geografi, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, Pulau Pinang.
2 Jabatan Geografi, Fakulti Sains Manusia dan Alam Sekitar, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tanjong Malim, Perak.

(husni_194@yahoo.com.my)



ABSTRAK: Dataran banjir yang merupakan habitat bagi gabungan pelbagai jenis hidupan adalah terbentuk daripada hasil interaksi pelbagai jenis tindak balas sungai, perkembangan musim, dan keakraban hubungan dataran banjir dengan habitat di sekitarnya. Banjir yang telah berlaku pada masa lampau telah memendapkan sejumlah endapan atau sedimen lalu membentuk dataran banjir. Oleh itu, sistem dataran banjir amat bergantung kepada darjah kebolehubahan pelbagai bahagian di dataran banjir terhadap kekerapan dan tempoh banjir. Kertas kerja ini dibuat bagi meninjau kesan pelbagai regim hidrologi dalam mempengaruhi ciri-ciri lapisan endapan di dataran banjir seterusnya melihat bagaimana perbezaan ciri lapisan endapan ini mempengaruhi proses transformasi dan variasi kandungan nutrien di dalam lapisan endapan tersebut. Bagi mencapai matlamat ini, tiga stesen telah dipilih di sepanjang Sungai Muda iaitu stesen Merbau Pulas, Ekor Kucing dan Kemumbung. Setiap stesen yang dipilih telah dikorek secara menegak untuk mendapatkan sampel tanih bagi setiap 2cm lapisan endapan. Kesemua sampel bagi stesen-stesen ini telah dibawa ke makmal dan dianalisis dengan parameter-parameter seperti saiz partikel, ketumpatan pukal, pH, kandungan bahan organik tanih, dan juga kandungan nutrien seperti nitrogen, fosforus dan kalium. Ciri-ciri sedimen ini adalah penting kerana berpotensi untuk menunjukkan dan merakam petanda perubahan iklim seterusnya ia juga memainkan peranan dalam pembentukan landskap.

Kata kunci: Dataran banjir, ciri lapisan endapan, saiz butiran, nitrogen, fosforus, kalium.


Wednesday, June 6, 2012

Hydrology Conference 2012's Info

1. "Hydrology and Society" EGU Leonardo Topical Conference.
    Torino (Italy) 14-16 Nov 2012. 


    ABSTRACT DEADLINE: JUNE 15 2012.
    Conference Web Site: http://www.eguleonardo2012.polito.it






2. '6th International Perspective on Water Resources & the Environment  
     conference (IPWE 2013)'
     January 7-9, 2013, Izmir, Turkey .

      ABSTRACT DEADLINE: JUNE 17 2012.
      Organised by The Environmental & Water Resources Institute of the American Society of    
      Civil Engineers (ASCE-EWRI).