Kajian Pelajar Tahun Akhir Geografi (FYPG 2014) di BIOECODS, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia
Satu lawatan tapak untuk kajian kualiti air dan kandungan nutrien telah dijalankan pada 19 september 2014 di BIOECODS, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia. Lawatan di diketuai Prof. Dr Wan Ruslan Ismail dan beberapa pelajar tahun akhir Geografi terdiri 3 pelajar sarjana muda geografi iaitu Masitah Zaini, Nor Adillah Ayob dan Noor Musfirah Musa yang akan menjalankan kajian ini. Kajian ini akan dijalankan selama 6 bulan sehingga Februari 2015. Kajian ini akan memfokuskan kepada parameter fizikokimia dan beberapa nutrien iaitu nitrat, nitrit, fosfat, ammonia, jumlah nitrogen dan fosforus dan klorofil-a dan bagaimana sistem bioecods ini membantu memulihara kualiti air kumbahan kampus sebelum di luahakan ke Sg Kerian.