Semester
ini sidang 2014/2015 seramai 5 pelajar tahun akhir telah menyerahkan disertasi
mereka iaitu:
1. Nor
Adillah Ayob 2015. Kajian
Kualiti Air dan Nutrien di Tanah Bencah BIOECODS, Kampus Kejuruteraan
Universiti Sains Malaysia, Nibong Tebal, Pulau Pinang
2. Noor Musfirah Musa 2015. Kajian
Kualiti Air dan Fosforus di Tanah Bencah BIOECODS, Kampus Kejuruteraan
Universiti Sains Malaysia, Nibong Tebal, Pulau Pinang
3. Masitah Zaini 2015. Ramalan
Kesan Pembangunan Masa Depan Berdasarkan USLE dan Pencerapan di Sungai Emas,
Batu Feringghi, Pulau Pinang
4. Noor Faezahtul Atika Ahmad 2015. Kualiti
Air, Sedimen dan Nutrien di Sungai Dua Kechil, Pulau Pinang
5. Mohd Nubaim Wadis 2015. Ketidakseimbangan
Pembangunan dan Hakisan Tebing Sungai Dua Kechil, Pulau Pinang
Kajian dan persampelan Nor Adillah Ayob (Nutrien) dan Noor Musfirah Musa (Fosforus) Mengenai Kajian Kualiti Air (Nutrien) Dan (Fosforus) di Tanah Bencah BIOECODS, Kampus
Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia, Nibong Tebal, Pulau Pinang
Kajian yang dijalankan di kawasan tanah bencah
buatan (BIOECODS), Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia, Nibong Tebal, Pulau Pinang ini berfokuskan kepada tahap kualiti air berdasarkan
parameter-parameter penting seperti, oksigen terlarut (DO), jumlah pepejal
terampai (TSS), jumlah pepejal terlarut (TDS), konduktiviti (CND), potential
of hydrogen (pH), turbiditi atau kekeruhan (FTU), alkaliniti, dan
suhu di kawasan tersebut. Kualiti air juga dianalisis berdasarkan
parameter-parameter fizikokimia tertentu di makmal. Selain itu, kajian ini juga
bertujuan untuk mengkaji kandungan nutrien yang dijalankan oleh (Nor Adillah Ayob) dan kandungan fosforus yang
dijalankan oleh (Noor Musfirah Musa) yang terdapat dalam air di kawasan tanah
bencah dan membandingkan kandungan nutrien dan fosforus antara stesen pertama
dan terakhir. Hal ini demikian kerana, nutrien dan fosforus merupakan unsur
penting dalam sesuatu jasad air yang mempunyai kaitan dengan peningkatan
kemerosotan kualiti air. Di samping itu, kajian ini juga berfokuskan kepada
faktor-faktor yang mempengaruhi keadaan atau perubahan kepekatan kandungan nutrien
dan fosforus.
Tinjauan awal bahan bacaan kajian adalah penting supaya fokus
kajian adalah lebih jelas dan lebih difahami. Kajian menggunakan kajian
literatur seperti kajian-kajian terdahulu, jurnal, majalah, buku-buku, artikel
dan sumber-sumber lain. Selain itu, kajian ini melibatkan pengumpulan data
mentah atau data primer iaitu dengan melakukan persampelan di kawasan kajian di
samping mengambil beberapa sampel air di setiap stesen yang di kaji.
Sampel-sampel yang di ambil akan diuji dan dianalisis di makmal dengan
instrumen-instrumen tertentu dan penilaian ini dibuat setelah setiap sampel air
telah menjalani beberapa analisis parameter tertentu. Hal ini, akan menentukan
tahap kualiti air tersebut.
Kajian ini penting dalam melihat keberkesanan sistem BIOECODS
sebagai satu usaha dalam merawat air sisa kumbahan, bahan organik dan tak
organik daripada seluruh kawasan kampus. Kajian ini juga penting dalam menilai
kadar kualiti air berdasarkan parameter-parameter tertentu dan analisis makmal.
Selain itu, kajian ini penting dalam membantu mengenal pasti faktor-faktor yang
menyebabkan berlakunya kemerosotan kualiti air di tanah bencah supaya tindakan,
pengurusan dan pemantauan dapat dilakukan kerap, efektif dan cekap. Kajian ini
dilakukan supaya pihak-pihak yang berkenaan sedar bahawa kepentingan tanah
bencah dalam mengawal keseimbangan dan mengawal atur serta meningkatkan kualiti
air.
Komponen bioecods (seperti tanah bencah buatan (Constructed wetland), kolam
tahanan (Detention pond), kolam mikro Micropool), sungai randuk (Wading river)
dan kolam rekreasi (Recreational pond) yang terletak di Tanah Bencah (BIOECODS) Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia, Nibong Tebal, Pulau Pinang
Detention pond
Micropool
Recreational Pond
Wetland (sewaktu kering)
Wetpond
Wadding river
Wadding river
Aktiviti persampelan yang dijalankan dua minggu sekali selama 12 kali persampelan
Kajian dan persampelan Masitah Zaini iaitu mengenai Ramalan Kesan Pembangunan Masa
Depan Berdasarkan USLE dan Pencerapan di Sungai Emas, Batu Feringghi, Pulau
Pinang
Negeri
Pulau Pinang mempunyai keluasan 1,034 kilometer persegi. Negeri ini terbahagi
kepada dua bahagian iaitu pulau dan bahagian di tanah besar Semenanjung
Malaysia, yang juga dikenali sebagai Seberang Perai. Bahagian pulau dan
Seberang Perai dipisahkan oleh selat yang di sesetengah tempat hanya 47 seluas kira-kira tiga kilometer. Batu Feringghi dipilih
sebagai kawasan kajian. Batu Feringghi dahulu sebuah kampung kecil masyarakat
nelayan. Tetapi kini ianya telah dibangunkan sebagai kawasan pelancongan yang
terkenal. Di kawasan ini terdapat banyak hotel yang bertaraf antarabangsa,
restoran, kedai yang menjual cenderamata untuk para pelancong serta kawasan
riadah dan rekreasi. (Pulau Pinang Pulau Mutiara, 1998). Pulau Pinang memiliki
banyak lembangan sungai. Lembangan sungai ini mampu menampung keperluan air
untuk penduduk setempat pada masa hadapan. Pembangunan yang terlalu pesat di
negeri Pulau Pinang banyak memberi impak negatif kepada sungai-sungai di Pulau
Pinang. Pelbagai kawasan bukit-bukau telah ditarah untuk dijadikan kawasan
petempatan, pertanian, perindustrian, pelancongan, pusat pentadbiran dan sebagainya.
Oleh sebab kawasan tanah rata di Pulau Pinang berkurangan maka ada sesetengah
pihak pemaju telah membangunkan projek mereka di kawasan tanah berbukit dan
cerun-cerun bukit yang berpotensi untuk dimajukan. Hal ini secara tidak
langsung akan menjejaskan kawasan tadahan hujan tersebut.
Kajian
ini mempunyai objektif kajian yang utama. Objektif utama amat penting dalam
sesebuah kajian kerana dengana adanya objektif kajian, matlamat sesebuah kajian
yang dijalankan akan dapat dicapai. Antara objektif kajian adalah seperti
berikut:
1. Untuk
menganggarkan kadar kehilangan tanah yang berlaku bagi satu projek pembinaan di
kawasan lereng bukit Sungai Emas 1, Sungai Emas 2 dan Sungai Emas 3. Anggaran
ini dibuat menggunakan model Universal Soil Loss Equation (USLE).
2.
Menentukan dan mengenalpasti tahap kualiti air dan perubahan ciri-ciri
fizikokimia serta mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan
kualiti air di kawasan Sungai Emas, Batu Ferringhi yang meliputi Sungai Emas 1,
Sungai Emas 2 dan Sungai Emas 3 berdasarkan parameter-parameter kualiti air
seperti Oksigen Terlarut (DO), nilai pH, Konduktiviti (μS/cm), Turbiditi
(Kekeruhan), Jumlah Beban Terlarut (TDS), Jumlah Beban Terampai (TSS). Suhu
(°C) dan Kealkalian dan menganggarkan tahap kandungan nutrien yang terdapat di
dalam ekosistem Sungai Emas 1, Sungai Emas 2, Sungai Emas 3 yang melibatkan
Jumlah
Fosfat (PO4), Jumlah Nitrogen, Ammonia (NH3), Nitrat (NO3), Nitrit (NO2).
3.
Menentukan dan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi perbandingan
antara jumlah pepejal terampai (TSS) dan (FTU) di kawasan kajian iaitu di
Sungai Emas 1, Sungai Emas 2, Sungai Emas 3 dengan kawasan yang sedang dalam
pembinaan iaitu Sungai Bukit Gambir yang dijadikan model senario semasa
pembangunan ketika cuaca hujan dan kering.
Lokasi persampelan di Sungai Emas di Batu Feringghi, Pulau Pinang
Sungai Emas 3
Sungai Emas 2
Sungai Emas 1
Meredah hutan belukar kira-kira 50 meter untuk sampai ke Sungai Emas 2 dan Sungai Emas 3
Aktiviti persampelan dan mengambil sampel air untuk dianalisis di makmal
Pembinaan perumahan yang sedang giat dijalankan di kawasan Bukit Gambir
Mencatat bacaan kualiti air menggunakan alat YSI
Persampelan dijalankan di Sungai Bukit Gambir yang dijadikan sebagai model dalam kajian ini