Team Members

Sunday, April 19, 2015

Kajian Profil Pantai Teluk Bahang dan Pantai Batu Feringghi

Selepas kajian lapangan pada Januari 2015 beberapa siri kajian lapangan profil pantai Teluk Bahang dan Batu Feringghi dilakukan untuk melihat perubahan profil pantai tersebut untuk beberapa bulan.
















Kajian Kualiti Air Tasik Dayang Bunting, Langkawi, Kedah

Satu kajian dimulakan pada 17-19 April 2015 yang diketuai oleh Prof Wan Ruslan Ismail dari Bahagian Geografi, USM bersama penyelidik dari NAHRIM dan UPM. Anggota penyelidik USM ialah En Mohamad Adam Omar; En Nazrul Ibrahim, Masitah Zaini, Nor Adillah Ayob, Noor Faezahtul Atika dan beberapa pelajar USM yang lain.


Bagaimanakah tasik yang UNIK dan seindah ini terbentuk?Percayakah anda suatu ketika dahulu tasik ini terletak di dalam sebuah gua besar yang kemudian telah runtuh ribuan tahun lampau?

Sebenarnya tasik ini adalah sebuah dolina iaitu lubang yang terbentuk apabila lapisan batu terlarut oleh air. Akibatnya kubah gua runtuh kerana tidak dapat menampung berat batuan di lelangit gua. Proses ini akan menghasilkan sebuah lubang yang kemudiannya dipenuhi air hujan sehingga membentuk tasik yang kita lihat hari ini. Tahukah anda secara purata, kedalaman tasik ini adalah 14 meter. Walaupun anda seorang perenang yang handal sentiasalah berhati hati apabila berada di kawasan ini.

Figura seakan-akan wanita mengandung yang sedang berbaring (Dari kanan iaitu kepala, dada, tangan di bawah dada, perut (baby bump), dan kaki.

Tasik Dayang Bunting (tasik air tawar terbesar di Langkawi) terbentuk dari sebuah gua yang runtuh membentuk lembangan dan dipenuhi dengan air hujan. Terkenal dengan lagenda mitos mengenai seorang Puteri Dayang Sari yang mengahwini Mat Teja. Mereka dikurniakan seorang anak, malangnya meninggal dunia dalam usia 7 hari. Akhirnya puteri dan anaknya telah bersemadi di tasik tersebut.






Mengambil bacaan parameter kualiti air tasik menggunakan alat YSI dan menangkap Zooplankton.





 


 Menggunakankan Paddle Boat dan Life Jacket ketika sampling.