Team Members

Monday, June 1, 2015

Tesis Tahun Akhir (HGP 309 Projek Geografi) Sidang 2014/2015


Semester ini sidang 2014/2015 seramai 5 pelajar tahun akhir telah menyerahkan disertasi mereka iaitu:
1. Nor Adillah Ayob 2015. Kajian Kualiti Air dan Nutrien di Tanah Bencah BIOECODS, Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia, Nibong Tebal, Pulau Pinang 
2. Noor Musfirah Musa  2015. Kajian Kualiti Air dan Fosforus di Tanah Bencah BIOECODS, Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia, Nibong Tebal, Pulau Pinang
3. Masitah Zaini 2015. Ramalan Kesan Pembangunan Masa Depan Berdasarkan USLE dan Pencerapan di Sungai Emas, Batu Feringghi, Pulau Pinang
4. Noor Faezahtul Atika Ahmad 2015. Kualiti Air, Sedimen dan Nutrien di Sungai Dua Kechil, Pulau Pinang 
5. Mohd Nubaim Wadis 2015. Ketidakseimbangan Pembangunan dan Hakisan Tebing Sungai Dua Kechil, Pulau Pinang


Kajian dan persampelan Nor Adillah Ayob (Nutrien) dan Noor Musfirah Musa (Fosforus) Mengenai Kajian Kualiti Air (Nutrien) Dan (Fosforus) di Tanah Bencah BIOECODS, Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia, Nibong Tebal, Pulau Pinang 


Kajian yang dijalankan di kawasan tanah bencah buatan (BIOECODS), Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia, Nibong Tebal, Pulau Pinang ini berfokuskan kepada tahap kualiti air berdasarkan parameter-parameter penting seperti, oksigen terlarut (DO), jumlah pepejal terampai (TSS), jumlah pepejal terlarut (TDS), konduktiviti (CND), potential of hydrogen (pH), turbiditi atau kekeruhan (FTU), alkaliniti, dan suhu di kawasan tersebut. Kualiti air juga dianalisis berdasarkan parameter-parameter fizikokimia tertentu di makmal. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji kandungan nutrien yang dijalankan oleh  (Nor Adillah Ayob) dan kandungan fosforus yang dijalankan oleh (Noor Musfirah Musa) yang terdapat dalam air di kawasan tanah bencah dan membandingkan kandungan nutrien dan fosforus antara stesen pertama dan terakhir. Hal ini demikian kerana, nutrien dan fosforus merupakan unsur penting dalam sesuatu jasad air yang mempunyai kaitan dengan peningkatan kemerosotan kualiti air. Di samping itu, kajian ini juga berfokuskan kepada faktor-faktor yang mempengaruhi keadaan atau perubahan kepekatan kandungan nutrien dan fosforus.

Tinjauan awal bahan bacaan kajian adalah penting supaya fokus kajian adalah lebih jelas dan lebih difahami. Kajian menggunakan kajian literatur seperti kajian-kajian terdahulu, jurnal, majalah, buku-buku, artikel dan sumber-sumber lain. Selain itu, kajian ini melibatkan pengumpulan data mentah atau data primer iaitu dengan melakukan persampelan di kawasan kajian di samping mengambil beberapa sampel air di setiap stesen yang di kaji. Sampel-sampel yang di ambil akan diuji dan dianalisis di makmal dengan instrumen-instrumen tertentu dan penilaian ini dibuat setelah setiap sampel air telah menjalani beberapa analisis parameter tertentu. Hal ini, akan menentukan tahap kualiti air tersebut.

Kajian ini penting dalam melihat keberkesanan sistem BIOECODS sebagai satu usaha dalam merawat air sisa kumbahan, bahan organik dan tak organik daripada seluruh kawasan kampus. Kajian ini juga penting dalam menilai kadar kualiti air berdasarkan parameter-parameter tertentu dan analisis makmal. Selain itu, kajian ini penting dalam membantu mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kemerosotan kualiti air di tanah bencah supaya tindakan, pengurusan dan pemantauan dapat dilakukan kerap, efektif dan cekap. Kajian ini dilakukan supaya pihak-pihak yang berkenaan sedar bahawa kepentingan tanah bencah dalam mengawal keseimbangan dan mengawal atur serta meningkatkan kualiti air.


Komponen bioecods (seperti tanah bencah buatan (Constructed wetland), kolam tahanan (Detention pond), kolam mikro Micropool), sungai randuk (Wading river) dan kolam rekreasi (Recreational pond) yang terletak di Tanah Bencah (BIOECODS) Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia, Nibong Tebal, Pulau Pinang

Detention pond
Micropool
Recreational Pond
Wetland (sewaktu kering)
Wetpond
Wadding river
Wadding river

Aktiviti persampelan yang dijalankan dua minggu sekali selama 12 kali persampelan

Kajian dan persampelan Masitah Zaini iaitu mengenai Ramalan Kesan Pembangunan Masa Depan Berdasarkan USLE dan Pencerapan di Sungai Emas, Batu Feringghi, Pulau Pinang



Negeri Pulau Pinang mempunyai keluasan 1,034 kilometer persegi. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu pulau dan bahagian di tanah besar Semenanjung Malaysia, yang juga dikenali sebagai Seberang Perai. Bahagian pulau dan Seberang Perai dipisahkan oleh selat yang di sesetengah tempat hanya 47 seluas kira-kira tiga kilometer. Batu Feringghi dipilih sebagai kawasan kajian. Batu Feringghi dahulu sebuah kampung kecil masyarakat nelayan. Tetapi kini ianya telah dibangunkan sebagai kawasan pelancongan yang terkenal. Di kawasan ini terdapat banyak hotel yang bertaraf antarabangsa, restoran, kedai yang menjual cenderamata untuk para pelancong serta kawasan riadah dan rekreasi. (Pulau Pinang Pulau Mutiara, 1998). Pulau Pinang memiliki banyak lembangan sungai. Lembangan sungai ini mampu menampung keperluan air untuk penduduk setempat pada masa hadapan. Pembangunan yang terlalu pesat di negeri Pulau Pinang banyak memberi impak negatif kepada sungai-sungai di Pulau Pinang. Pelbagai kawasan bukit-bukau telah ditarah untuk dijadikan kawasan petempatan, pertanian, perindustrian, pelancongan, pusat pentadbiran dan sebagainya. Oleh sebab kawasan tanah rata di Pulau Pinang berkurangan maka ada sesetengah pihak pemaju telah membangunkan projek mereka di kawasan tanah berbukit dan cerun-cerun bukit yang berpotensi untuk dimajukan. Hal ini secara tidak langsung akan menjejaskan kawasan tadahan hujan tersebut.

Kajian ini mempunyai objektif kajian yang utama. Objektif utama amat penting dalam sesebuah kajian kerana dengana adanya objektif kajian, matlamat sesebuah kajian yang dijalankan akan dapat dicapai. Antara objektif kajian adalah seperti berikut:

1. Untuk menganggarkan kadar kehilangan tanah yang berlaku bagi satu projek pembinaan di kawasan lereng bukit Sungai Emas 1, Sungai Emas 2 dan Sungai Emas 3. Anggaran ini dibuat menggunakan model Universal Soil Loss Equation (USLE).
2. Menentukan dan mengenalpasti tahap kualiti air dan perubahan ciri-ciri fizikokimia serta mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan kualiti air di kawasan Sungai Emas, Batu Ferringhi yang meliputi Sungai Emas 1, Sungai Emas 2 dan Sungai Emas 3 berdasarkan parameter-parameter kualiti air seperti Oksigen Terlarut (DO), nilai pH, Konduktiviti (μS/cm), Turbiditi (Kekeruhan), Jumlah Beban Terlarut (TDS), Jumlah Beban Terampai (TSS). Suhu (°C) dan Kealkalian dan menganggarkan tahap kandungan nutrien yang terdapat di dalam ekosistem Sungai Emas 1, Sungai Emas 2, Sungai Emas 3 yang melibatkan
Jumlah Fosfat (PO4), Jumlah Nitrogen, Ammonia (NH3), Nitrat (NO3), Nitrit (NO2).
3. Menentukan dan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi perbandingan antara jumlah pepejal terampai (TSS) dan (FTU) di kawasan kajian iaitu di Sungai Emas 1, Sungai Emas 2, Sungai Emas 3 dengan kawasan yang sedang dalam pembinaan iaitu Sungai Bukit Gambir yang dijadikan model senario semasa pembangunan ketika cuaca hujan dan kering.

Lokasi persampelan di Sungai Emas di Batu Feringghi, Pulau Pinang
Sungai Emas 3
Sungai Emas 2
Sungai Emas 1
Meredah hutan belukar kira-kira 50 meter untuk sampai ke Sungai Emas 2 dan Sungai Emas 3
Aktiviti persampelan dan mengambil sampel air untuk dianalisis di makmal
Pembinaan perumahan yang sedang giat dijalankan di kawasan Bukit Gambir
Mencatat bacaan kualiti air menggunakan alat YSI
Persampelan dijalankan di Sungai Bukit Gambir yang dijadikan sebagai model dalam kajian ini 










From Lojing to Tangga Kerai

Dari Lojing ke Tangga Kerai

Penulis dan beberapa ahli HGRG terlibat mengkaji kesan Banjir Besar Kelantan 2014.

perjalanan dimulakan dari USM ke Gua Musang melalui Lojing untuk melihat kesan banjir 2014 lalu

 Tangga Kerai (Bradley Steps) menunjukkan beberapa tiang "staf gauge" yang digunakan sejak turun temurun untuk mengukur paras air Sg Kelantan (dibawah tangga tersebut)
 Kesan Banjir di dalam kedai makan di bandar lama Gua Musang

 Sungai di Lojing menyumbangkan banyak sedimen ke lembangan Sg Galas dari hulu
Paras air mencecah perkataan "ENEOS" di kedai peralatan ini  di Bandar Kuala Kerai


Di tepi sungai Brooke di Lojing yang kelihatan kotor dan berkelodak 


  

Di jambatan kira-kira dalam 1 kilometer yang runtuh akibat arus deras di Sungai Nenggiri di Kampung Pulau Setelu, Gua Musang yang melebihi paras jambatan tersebut semasa banjir 23 Disember 2014. Hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan penduduk dan juga pengguna Gua Musang untuk ke 

    Jeli telah terputus hubungan jalan